25.9 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Budak-Budak Suka Beli, JAKIM Jawab Isu ‘Soft Candy’ Ada Gelatin Babi – ‘ Logo Tak Diiktiraf’


Baru-baru ini tular di media sosial mengenai soft candy ataupun gula-gula gummy dengan jem buah-buahan yang dijual secara online menjadi tumpuan kanak-kanak kerana bentuknya yang comel dan sedap untuk dimakan.

Artikel Berkaitan: Pensyarah Dakwa Wang Kertas Malaysia Ada Lemak Khinzir?

Artikel Berkaitan: Jabatan Kimia Sahkan Gula-Gula White Rabbit Mengandungi DNA Khinzir, Tidak Halal

Mengandungi gelatin babi

Bagaimanapun, ramai terkejut apabila tular gambar kandungan gula-gula tersebut yang dikatakan mempunyai gelatin babi sedangkan logo Halal Food Council International Malaysia & Asia tertera di bahagian bungkusan produk tersebut.

Sebabkan itu juga, ramai yang mula meragui status sebenar gula-gula tersebut dan menjadi perdebatan dalam kalangan netizen bagaimana produk itu dibenarkan dijual di dalam pasaran.

JAKIM sahkan logo tak diiktiraf

Selepas dihujani persoalan dari netizen, akhirnya pihak dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi maklum balas mengenai isu tersebut di Facebook mereka dengan mengatakan bahawa logo halal yang tertera adalah tidak diiktiraf oleh JAKIM.

Justeru, penggunaan logo halal tersebut telah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan peruntukan perundangan Malaysia.

JAKIM turut menasihati pembeli Muslim agar tidak terus memilih produk dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan serta kandungan sebelum melakukan sebarang transaksi.

Sumber: Facebook



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles