25.9 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Cemburu Asyik Tersenyum Ketika Bermain Telefon, Lelaki Cuba Bakar Isteri


Sekadar gambar hiasan

Cemburu melihat isteri kerap bermain telefon bimbit, seorang lelaki di Bogor, wilayah Jawa Barat, Indonesia cuba membakar mangsa hidup-hidup dengan menyimbah minyak petrol ke dalam bilik tidur mereka.

Cemburu tengok isteri main telefon

Sekadar gambar hiasan

Si suami dikenali sebagai K dilaporkan mengamuk kerana isterinya sering bermain telefon bimbit dengan wajah yang gembira.

Menyangka bahawa isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, suspek membuat keputusan untuk membeli minyak petrol sebelum cuba membakar mangsa.

Apabila tiba di rumah, si suami menyimbah minyak terbabit ke dalam bilik tidur mereka yang pada ketika itu isterinya berada di dalam bilik berkenaan.

Melecur bahagian kaki

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada kejadian, mangsa dilaporkan melecur pada bahagian kaki kiri. Beberapa jiran suspek yang curiga dengan sikap si suami kemudiannya bertindak menangkap serta menyerahkannya kepada pihak polis.

Menurut Ketua Polis Sukamakmur, Iptu Sutopo Pranolo, niat lelaki berkenaan ingin membakar isterinya diketahui oleh jiran kerana melihat dia membeli tiga botol minyak petrol.

Mereka dapat tahu suspek ingin menggunakan minyak petrol berkenaan untuk membakar mangsa yang pada ketika itu berada di dalam bilik tidur.

Sumber : suarabogor.id



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles