25.9 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Dapat Gaji Penuh 5 Bulan & Boleh Guna Cuti Bersalin Setahun, Perkongsian Dr Amalina Buat Ramai Terkejut


Ramai sedia maklum, pakar bedah yang juga merupakan bekas pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Dr. Amalina Bakri sudah pun berada di trimester terakhir kehamilan sulungnya selepas mendirikan rumah tangga dengan Alexander Charles pada 2021.

Artikel Berkaitan: ‘Wanita Juga Ada Hak’ – Dr Zulkifli Mohon Kerajaan Teliti Isu Status Kerakyatan Anak Dilahirkan Wanita Malaysia

Artikel Berkaitan: Saya Di UK Bekerja, Bukan Buat Perkara Tak Berfaedah’ – Dr Amalina Bidas Kritikan Netizen Isu Pilih Status Kerakyatan British Untuk Anak

Boleh dapat cuti bersalin 10 bulan

Selepas memuat naik gambar sambutan ‘baby shower’ bersama rakan-rakannya di England, Amalina turut meluangkan masa membalas soalan-soalan pengikutnya di InstaStory.

Namun, dalam banyak-banyak respon yang dibuat, jawapan berkenaan soalan tentang berapa lama cuti bersalin yang bakal diambil oleh Amalina mendapat perhatian netizen di media sosial.

Jawab Amalina, cuti bersalinnya akan bermula pada minggu yang dijangka akan bersalin malah diberi pilihan untuk menggunakan cuti sehingga setahun namun dia berkemungkinan akan cuti selama 10 bulan.

Dapat gaji penuh untuk 5 bulan

Bukan itu saja, Amalina turut menerima soalan berkenaan dengan gaji yang bakal diterima sepanjang cuti bersalin dan jawapannya memang buatkan ramai ternganga.

Saya akan dapat gaji penuh untuk 5 bulan pertama lepas bersalin dari tempat kerja saya dan kemudiannya akan dibayar gaji dari kerajaan.

Komen netizen

Perkongsian InstaStory itu ternyata buatkan ramai yang cemburu kerana cuti bersalin di Malaysia hanya diberi selama tiga bulan dan mengatakan bahawa Amalina beruntung kerana boleh mendapatkan cuti yang panjang untuk memberi fokus yang penuh untuk anaknya.

Sumber: @dramalinabakri, Twitter





Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles