29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Demi Bayar Yuran Pengajian Anak, Aaron Aziz Sanggup Sakit – ‘Mereka Memerlukan Perbelanjaan Besar’


Disahkan mengalami masalah saraf dan tulang belakang tersepit sejak 10 tahun lalu, pelakon Datuk Aaron Aziz kini bergantung dengan suntikan steroid dan ubat tahan sakit ketika bekerja.

Artikel Berkaitan: Tumor Makin Besar, Aaron Aziz Tetap Bekerja – ‘Saya Hanya Guna Ubat Untuk Hilangkan Sakit’

Nak bayar yuran anak-anak

Ketika ditemui OhBulan!, Aaron, 46, akui risau dengan risiko yang bakal dihidapi selepas melakukan pembedahan memandangkan masih perlu menyara anak-anaknya yang sedang menuntut.

Justeru, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz, memilih untuk menahan sakit dan bekerja seperti biasa.

Kos pembedahan memang besar. Ubat sahaja memakan belanja dua hingga tiga ribu. Tapi nasib baik saya ada insurans.

Itu salah satu faktor yang saya perlu fikir. Anak-anak pun masih lagi belajar. Anak perempuan saya, Dahlia Arissa baru memasuki kolej. Anak lelaki saya pula, Danish Anaqi sekarang belajar di sebuah kolej di Jepun.

Mereka akan masuk ke universiti yang memerlukan perbelanjaan besar. Jadi, tak apalah saya sakit. Saya masih berlakon sebab nak kejar bayar semua yuran anak-anak.

Aaron berkata demikian ketika sidang media drama Takdir Cinta Dhia terbitan Suhan Movies, di TGV, One Utama, baru-baru ini.

Drama yang bergenre crime-thriller ini turut menampilkan barisan pelakon pujaan ramai seperti Datin Elvina Mohamad, Shah Jaszle, Nada Nur Syuhada, Khalida Balqis dan Nazrief Nazri.

Pembedahan hujung tahun ini

Kata pelakon filem Evolusi KL Drift, isterinya, Datin Diyana Halik sering mengingatkan anak-anak tentang pengorbanan dirinya membanting tulang mencari rezeki.

Isteri saya juga selalu ingatkan anak-anak tentang pengorbanan, bekerja keras untuk cari duit demi anak-anak. Insya-Allah saya boleh tanggung pembelajaran mereka.

Dalam pada itu, anak kelahiran negara Singapura ini berkata berkemungkinan dia akan menjalani pembedahan bagi rawatan saraf dan tulang belakang tersepit menjelang hujung tahun nanti.

Sekitar bulan 10 nanti saya terlibat dengan penggambaran sebuah filem. Insya-Allah jika tiada halangan, saya akan buat pembedahan tulang belakang pada penghujung Disember nanti selepas pulang daripada umrah.

Terdahulu, kali pertama Aaron berhadapan penyakit ini pada 2012 iaitu sebelum menjalani penggambaran program realiti sukan lasak, Fear Factor Malaysia.

Hasil pemeriksaan doktor turut mendapati terdapat ketumbuhan (bukan kanser) pada bahagian bawa tulang belakang Aaron yang memerlukan pembedahan.

Sumber: Instagram @aarondwiaziz





Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles