29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Dituduh Jadi Perosak Rumah Tangga Youtuber Indonesia, Ini Respon Rossa – ‘ Saya Suka..’


Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa tampil memberi respon mengenai dirinya dituduh sebagai perosak rumah tangga Youtuber, Reza Arap dan isterinya, Wendy Walters.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Rossa Hadiahkan Rumah Banglo Mewah Untuk Ibu Bapa, Harga Rumah Cecah RM6 Juta!

Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘Kalau Kita Bernikah Siapa Yang Nak Bagi Ucapan?’ – Rossa Panik Afgan Terlepas Cakap Soal Kahwin

Artikel berkaitan : ‘Afgan Tak Pernah Keluarkan Duit’ – Ivan Gunawan Bongkar Rahsia Sepanjang Bercuti Bersama Rossa

Dituduh jadi perosak rumah tangga

Difahamkan, nama Rossa mula ‘dipetik’ selepas netizen meneka wanita yang mengganggu rumah tangga Reza bermula dengan huruf R serta mengaitkan keakrabannya bersama anggota kumpulan Weird Genius yang pernah popular dengan lagu Lathi dan menganggap ia adalah salah satu sebab mereka menjalinkan hubungan.

Malah, ada juga yang mendakwa Rossa memang kekasih gelap Reza Arap apabila penyanyi itu menerima sejambak bunga daripada lelaki berkenaan sebaik sahaja selesai melakukan persembahan di Bandung, Indonesia.

Suka yang bermata sepet

Meskipun berasa lucu dengan tuduhan terbabit, Rossa tetap menganggap dakwaan yang dilemparkan terhadapnya itu adalah sebagai satu perkara yang serius dan telah membabitkan maruahnya sebagai seorang ibu tunggal yang cuba menghancurkan rumah tangga orang lain.

Di Twitter, Rossa tampil memberi respon terhadap isu berkenaan. Penyanyi berusia 44 tahun itu sempat berseloroh dengan mengatakan dia hanya minat lelaki yang bermata sepet sahaja.

Saya suka yang mata sepet. Sudah itu sahaja. Sumpah respon kalian lucu. Chill okay.

Sumber : Rossa Roslaina, CNN Indonesia





Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles