29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Duit Haji RM15K Lesap Dimakan Anai-Anai…


Foto: Republika

Hasrat seorang lelaki untuk menunaikan haji tidak kesampaian apabila wang simpanannya berjumlah RM15,000 lesap dalam sekelip mata setelah dimakan anai-anai.

Duit nak pergi haji ‘lesap’

Foto: Detik.com

Menerusi laporan yang dipetik daripada Detik.com, lelaki terbabit, Samin yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah Indonesia telah mengumpul wang tersebut hampir tiga tahun lalu malah wang simpanannya itu juga sudah mencecah 49.8 juta rupiah iaitu bersamaan RM15,000. Lebih menyedihkan apabila mengetahui lelaki terbabit mahu menggunakan wang tabungannya itu untuk menunaikan haji namun siapa sangka, hasratnya tidak kesampaian.

Bercerita kembali mengenai pengalaman tersebut, Samin yang berusia 53 tahun tersebut mendakwa dia menyimpan wang di dalam dua tabung yang berbeza dan kedua-duanya mempunyai jumlah simpanan yang hampir sama. Namun hanya satu tabung sahaja yang terselamat, selebihnya musnah dimakan anai-anai. Tambah Samin lagi, dia berasa curiga setelah melihat anai-anai di dalam tabung simpanannya itu.

Kurang dari 68% yang terselamat

Foto: Detik.com

Menurut Samin, dia tidak mahu menyimpan wang tersebut di bank kerana mahu menjimatkan masa dan tenaga. Bukan itu sahaja, dia berpendapat lebih selamat jika disimpan sendiri.

Untuk jimat masa dan tenaga. Kalau saya pergi ke bank untuk simpan RM60 setiap hari, ia akan memerlukan masa dan tenaga. Saya juga perlu menjaga anak-anak di sekolah.

Harap-harap wang itu boleh ditukar oleh Bank Indonesia, harap wang itu dapat ditukar untuk daftar haji.

Difahamkan, jumlah wang yang terselamat adalah kurang 68% daripada jumlah keseluruhan. Menerusi laporan hari ini, pihak bank telah menyerahkan wang terselamat yang berjumlah 20 juta rupiah bersamaan hampir RM6,000 kepada Samin.

Sumber: Detik.com



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles