29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Hantar Gambar Kain Tergantung Pada Kipas Dekat Tunang, Lelaki Hilang Lepas Cuba Bunuh Diri


Sekadar gambar hiasan

Selepas disyaki cuba untuk membunuh diri, seorang lelaki telah dilaporkan hilang dari rumahnya di Jalan Sulaman, Manggatal, Kota Kinabalu, pagi semalam.

Artikel Berkaitan: Lelaki Mati Ditikam 14 Kali, Rupanya Isteri Upah 4 Kawan Lelaki Bunuh & Samun Suami

Artikel Berkaitan: Lelaki Mengaku Tikam Bapa Sebab Dah Bosan, Penat Jaga

Hantar SMS & gambar kepada tunang

Sekadar gambar hiasan

Lelaki yang berusia 36 tahun itu dipercayai sempat mengirim pesanan berserta gambar kepada tunangnya sekitar jam 8 pagi.

Disebabkan panik dengan pesanan dan gambar yang diterima, tunangnya segera menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Kain sarung diikat di kipas

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati lelaki itu mengirim gambar kepada tunangnya sehelai kain sarung yang diikat pada bilah kipas siling rumah.

Wanita itu juga melaporkan bahawa dia menerima beberapa SMS dari tunangnya yang beri bayangan untuk membunuh diri.

Walau bagaimanapun, sebaik saja bantuan tiba di tempat kejadian, lelaki tersebut didapati tidak berada di dalam rumahnya.

Pihak bomba juga menemui nota dan kain sarung yang diikat pada kipas siling rumah tersebut dan wanita itu kemudiannya buat laporan susulan sebagai usaha untuk menjejaki keberadaan tunangnya.

Sumber: Harian Metro



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles