29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Hanya Sempat Tidur Tiga Jam, Ikmal Amry Mohon Maaf Dengan Mangsa Kemalangan – ‘Salah Tetap Salah’


Pelakon Ikmal Amry dan keluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya pada petang Sabtu, di Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Melaka.

Artikel Berkaitan: Isteri Mengidam Nasi Goreng Hotel Terkemuka Di Langkawi, Ikmal Amry Lega Dapat Tunai Hajat – ‘Rezeki Memang Tak Pernah Salah Alamat’

Mengaku silap

Menerusi hantaran terbaru di Instagram Stories, Ikmal mengakui kesilapan diri memandu dalam keadaan kurang rehat.

Jelas Ikmal, dia hanya dapat berehat selama tiga jam setelah menjalani penggambaran sehingga pukul 7 pagi.

Hari sebelum kejadian saya menjalani penggambaran sehingga pukul 7 pagi dan sudah berjanji untuk pulang menziarahi keluarga.

Saya hanya sempat berehat selama tiga jam. Dalam keadaan kurang rehat, saya gagahkan diri memandu. Saya akui ia satu kesalahan apabila memandu dalam keadaan kurang sihat.

Saya dengan keluarga sekarang masih trauma dengan kejadian semalam. Maaf jika tak dapat reply atau jawab call dalam masa terdekat.

Tiada kemalangan jiwa

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Zulikmal Amry Ghazali menyatakan insiden sehingga kereta berpusing dan terbalik bukan kehendak dirinya.

Bagaimanapun, dia memohon maaf kepada pemilik dua buah kereta yang turut sama terlibat dalam kecelakaan itu.

Terima kasih yang mendoakan. Yang beri kata-kata semangat. Terima kasih juga yang memberi teguran. Saya akan ambil sebagai iktibar dan pengajaran.

Perkara yang terjadi ini bukan perkara biasa. Soal nyawa dan keselamatan pemandu lain yang terlibat.

Masih tak boleh lupa apa yang berlaku. Syukur kepada Allah. Dia lindungi kami, orang yang kami langgar (myvi biru) sekeluarga dan (honda) sekeluarga. Syukur tiada kemalangan jiwa berlaku.

Saya hanya nak minta maaf kepada yang terlibat. Bukan kehendak diri ini. Dan bukan juga nak cakap yang saya tidak bersalah. Salah tetap salah.

Sebelum ini, Ikmal berkongsi beberapa keping gambar dan video di Instagram (IG) menunjukkan keadaan kereta yang dipandunya terbalik di tengah jalan raya.

Sumber: Instagram @ikmalamry





Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles