25.9 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Hattan, Awie, Chong Wei & Zii Jia Dilantik Sebagai Duta Anti-Scam


Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Komersial (JSJK) telah melantik 104 individu terpilih sebagai jurucakap dan juga duta bagi kempen Anti-Scam bagi membendung masalah penipuan atas talian ataupun scammer.

Artikel Berkaitan: Gadis Kena .Scam. Hantar Gambal Bogel ‘Syarat’ Nak Mohon Biasiswa

Artikel Berkaitan: ‘Kasihan Kalau Dia Dipermainkan’ – Ellie Suriaty Harap Azri Iskandar Tidak Diperdaya ‘Scammer’

104 individu termasuk atlet & selebriti

Pelantikan itu dibuat sebagai usaha untuk menurunkan kadar jenayah secara online sebanyak 10%.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah berkata 104 individu itu terdiri daripada pemimpin pendapat utama (KOL) termasuklah dari kalangan selebriti dan atlet tempatan.

Antara selebriti yang dilantik adalah penyanyi terkenal Datuk Awie, Datuk Hattan dan juga pelakon Zed Zaidi serta Aedy Ashraf

Bagi tokoh sukan pula, antara individu yang dipilih dari kalangan atlet termasuklah bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Aaron Chia, Goh Liu Ying dan juga Teng Fong.

Mudah dekat dengan orang awam

Acryl Sani berkata, pemilihan mereka semua itu dibuat selepas meneliti jumlah pengikut yang ramai sekaligus orang awam mudah untuk didekati dalam usaha memberikan kesedaran tentang taktik penipuan secara online.

Seramai 76 orang merupakan lantikan dari JSJK manakala 28 lagi dari bawah naungan Multimedia Creative Solution (MSC) Sdn Bhd.

Tambahnya lagi, kes penipuan secara online sukar untuk dibendung namun ianya boleh dikawal dengan memberikan pengetahuan yang cukup kepada masyarakat.

Pelancaran kempen itu turut dihadiri oleh Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din dan Pengarah Urusan Multimedia Creative Solutions Sdn Bhd (MCS) Datuk Steven Lim Boon Siong selaku rakan strategik.

Sumber: Harian Metro



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles