25.9 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Iri Hati Tengok Hidup Senang, Adik Beradik Tergamak Berpakat Bayar Bomoh Siam RM800 Hantar Sihir


Tidak semua kebahagiaan yang dimiliki perlu dikongsi kepada umum. Takut ada yang iri hati dengan kebahagiaan tersebut sehingga sanggup menggunakan sihir untuk menjatuhkan orang lain.

Artikel berkaitan: Dituduh Amal Ilmu Hitam & Sihir Adik-Beradik, Wanita Saman RM1 Juta 4 Pengamal Perubatan

‘Setahun Lebih Disihir Manusia Khianat Berhajat Aku Tak Jadi Kahwin, Nak Aku Gila’

Aku dengki kat depa

Menerusi satu video yang telah dimuat naik oleh pengamal perubatan yang dikenali dengan nama tiktok Paksu_wan_terapi, seorang wanita yang dipercayai dalam keadaan tidak sedar atau dirasuk memberitahu segala sihir yang dialami oleh dirinya sebenarnya telah dilakukan oleh seorang bomoh dari Siam yang telah dibayar sebanyak RM800.

Lebih menyedihkan, sihir tersebut sebenarnya angkara ahli keluarga sendiri yang dengki dengan kehidupan mewah adik beradik lain.

Aku tak boleh tengok bini dia tu hidup senang hang tahu dok, bini dia tu lebih daripada aku. Aku tak boleh tengok. Adik aku ni, aku yang hasut. Semua, semua ini aku yang hasut, pok dia lah ni halau dia.

Kami tak puas hati

Difahamkan perbuatan sihir tersebut juga didalangi oleh beberapa orang yang iri hari berpakat dan berkongsi duit bagi membayar bomoh Siam tersebut.

Ditanya bagaimana pelaku menghantar sihir, wanita yang dirasuk itu memberitahu sering menghantar makanan kepada keluarga adik beradiknya itu. Bukan itu sahaja, pelaku juga menggunakan patung yang dicucuk paku untuk menyakiti mangsa.

Kami nak suruh dia keluar daripada rumah pusaka tu, kami nak tapak rumah tu. Ayah aku depa yang bela, bini dia tu bela bagus, bela pak mertua dia bagus macam ayah dia sendiri. Kami tak boleh tengok dia bagi makan mewah, dia layan pak tu lebih.

Video

@paksu_wan_terapi

#rawatan #rawatanislam #bekamsunnah #sihir7keturunan #rawatanalternatif #fyp

? original sound – paksu_wan_terapi – paksu_wan_terapi

Sumber: @paksu_wan_terapi



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles