29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Keluarga Tengah Sedih,Kawan Selamba Minta Surat Mati Arwah Adik Sebab Tak Nak Masuk Kolej


Sekadar gambar hiasan

Bagaikan sudah hilang rasa simpati dalam diri, seorang rakan sanggup meminta salinan sijil kematian ahli keluarga orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Artikel Berkaitan: Berebut Harta Pusaka Peninggalan Bapa, Abang Tikam Adik Sampai Mati

Tak hormat sensitiviti keluarga

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Asyraff berkongsi tangkap layar perbualan rakan arwah adiknya yang meminta salinan sijil kematian. Salinan sijil kematian itu dipercayai ingin diberikan kepada pihak pusat pengajian sebagai ‘alasan’ untuk tidak menghadiri kelas.

Kalau kau emergency, kenapa nak pakai surat mati orang lain. Otak letak mana? Kau tak reti hormat orang baru meninggal ke? Kau ingat ni klinik ambil MC ke?

Asyraff yang baru saja kehilangan adik lelakinya memuat naik tangkap layar perbualan mereka kerana menganggap tindakannya sebagai tidak menghormati sensitiviti dan perasaan keluarganya yang masih belum mengetahui keputusan akhir dari pihak hospital.

Akui salah guna ‘tone’

Selepas mendapat perhatian dari netizen, salah seorang pengguna Twitter membuat balasan dengan mengatakan bahawa tujuan wanita itu meminta surat kematian adalah kerana adiknya merupakan kawan kepada arwah dan ingin berjumpa sebelum dikebumikan.

Dia minta surat kematian tu sebagai bukti kepada pihak kolej sebab sepatutnya dia daftar masuk kolej hari yang sama tapi dia nak jumpa arwah buat kali terakhir.

Ujarnya lagi, wanita itu juga telah memohon maaf kepada kakak arwah dan mengakui salahnya kerana tidak menghormati perasaan keluarga mereka. Difahamkan ahli keluarga sudah pun memaafkannya dan mengharapkan agar perkara itu tidak berulang lagi.

Sumber: Twitter





Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles