29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Lagi 3 Jam Nak Nikah, Ayah Dijemput Ilahi.. Pengantin Tabah Teruskan Majlis


Impian seorang wanita yang mahu melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan hati disaksikan bapa tersayang berkecai apabila bapanya dijemput Ilahi tiga jam sebelum majlis nikah.

Bapa meninggal 3 jam sebelum nikah

Menerusi perkongsian seorang jurusolek (make up artist) dikenali Intan Nurdiyana, menceritakan kisah pelanggannya yang kehilangan bapa tersayang buat selama-lamanya.

Pada awalnya, Intan sudah bersedia untuk menyiapkan bakal pengantin terbabit yang dijadualkan diijab kabulkan dalam satu majlis akad nikah selepas solat Isyak. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada gadis terbabit dikenali sebagai Teha Rahman yang mengatakan si bapa baru sahaja meninggal dunia sekitar jam 4.30 petang.

Nikah lepas Isyak, pukul 4.30 petang WhatsApp ayahnya baru meninggal dunia.

Seperti tidak percaya dengan khabar yang mengejutkan itu, bakal pengantin berkenaan pada awalnya enggan meneruskan majlis perkahwinannya, namun kerana segala persiapan sudah tersedia termasuklah para tetamu pun sudah datang, pihak keluarga menasihatkannya untuk meneruskan majlis seperti yang telah dirancang.

Dia tak nak teruskan majlis tapi atas nasihat keluarga semua terpaksa diteruskan sebab semua dah tersedia. Siapa sangka ayahnya pulang ke negeri abadi lewat petang tu.

Ruang tamu masih bau kapur barus

Ketika tiba di lokasi majlis, gadis berkenaan masih lagi menangis dan matanya sudah membengkak sebelum dia meminta sedikit masa untuk mandi dan bersiap menyarung baju nikah.

Masa sampai nak masuk lorong kampung, ternampak satu perkuburan. Ada ramai orang, ada van jenazah dan masih dalam proses kebumi. Intan kehilangan kata-kata sampai rumah pengantin, nampak pengantin mata bengkak, masih tengah menangis kuat dan cuba cover kesedihan dari Intan. Terus disapa, kak saya minta maaf. Tunggu kejap ya.

Dalam pada itu, suasana di dalam rumah pengantin turut hiba dengan tangisan ahli keluarga yang lain. Semasa jurusolek terbabit ingin ke dapur untuk membasuh sponge, dia ternampak tilam jenazah yang baru digunakan, malah ruang tamu masih berbau kapur barus.

Ya Allah kuat betul dia. Dalam waktu make up dia tahan dari nangis, reda dan kelihatan sangat letih tapi dia betul-betul reda, tenang dan mampu tersenyum. Alhamdulillah bride pun sangat tenang.

‘Saya selesaikan abah dulu’

@intanmasekh Nikah lepas isyak, pukul 4:30 petang wassap ayahnya baru meninggal. Dia tak nk teruskan majlis tapi atas nasihat keluarga semua terpks disteruskan sbb semua dh tersedia . Sapa sangka ayahnya pulang ke negeri abadi lewat petang tu #fyp #muajohor #fyppppppppppppppppppppppp ? suara asli – sadvibes? – Sadvibes?

Sumber : intannurdiyana, intanmasekh





Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles