29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Leher Isteri Diacu Sabit & Anak-Anak Dikurung Dalam Tandas, Lelaki Rela Rumah Dirompak


Sekadar gambar hiasan

Seorang suami berdepan detik cemas apabila isterinya diacukan sabit manakala anak-anaknya dikurung dalam tandas selepas rumah mereka dipecah masuk dalam kejadian di Lumajang, Jawa Indonesia pada 5 September lalu.

Kerugian cecah RM13k

Foto: Tribunnews

Memetik laporan media Indonesia, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Endi terpaksa membiarkan perompak merompak barang-barang di rumahnya semata-mata memastikan nyawa isteri dan anak-anaknya terselamat. Difahamkan, suspek telah melarikan sebuah motosikal, barangan perhiasan emas dan sejumlah wang tunai kira-kira RM150 dan jumlah kerugian yang ditanggung Endi sekeluarga mencecah RM13,500.

Bercerita kembali pengalaman hitam yang dilalui, Endi memberitahu bahawa rumahnya telah dipecah masuk oleh dua individu sekitar jam 2 pagi. Ketika itu, Endi sekeluarga sedang nyenyak tidur sehinggalah pada suatu ketika, Endi terjaga dari tidur selepas terdengar suara orang berbisik dari pintu belakang rumahnya.

Terpaksa biarkan perompak merompak

Sekadar gambar hiasan

Dia kemudian membuka pintu biliknya dan alangkah terkejutnya apabila melihat dua individu bertopeng telah memecah masuk rumahnya. Salah seorang perompak berkenaan mengugut Endi menggunakan sabit sebelum mengancam isterinya pula. Anak-anak Endi kemudian dikurung dan dikunci di dalam tandas oleh perompak berkenaan.

Bimbang sesuatu perkara buruk berlaku terhadap isteri dan anak-anak, Endi terpaksa merelakan individu terbabit merompak rumahnya. Menurut sumber, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhuhung kes ini bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

Sumber: Tribunnews



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles