25.9 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Mahu Malaysia Bebas Dari Kemungkaran, PU Syed Respon Kenyataan Nabila Huda Isu Konsert Blackpink


Sebelum ini, pengacara dan pelakon, Nabila Huda berpendapat tindakan segelintir pihak yang mahu melakukan perhimpunan bagi membantah konsert sebuah kumpulan wanita dari Korea, Blackpink di Malaysia pada tahun hadapan adalah satu tindakan yang tidak matang.

Artikel berkaitan : ‘Banyak Benda Lagi Perlu Diberi Perhatian’- Nabila Huda Selar Tindakan Protes Konsert Antarabangsa

Artikel berkaitan : ‘Ejen-Ejen Dajjal Semakin Rancak Menyelinap Masuk’ – PU Syed Mohon Kerajaan Batal Konsert Artis Antarabangsa

Terbaharu, pendakwah bebas, PU Syed tampil memberi respon berhubung pandangan Nabila Huda.

Bidas pandangan Nabila Huda

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak di TikTok, PU Syed membidas pandangan Nabila dan menjelaskan bahawa kematangan seseorang individu itu terletak pada kefahaman mereka terhadap Allah SWT.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa hidup manusia di dunia ini bukanlah satu lakonan, namun ia merupakan sebuah ketetapan daripada-Nya.

Terima kasih kepada Puan Nabila Huda kerana mengatakan saya tidak matang dalam memberikan pandangan isu bantahan kedatangan artis antarabangsa ke Malaysia.

Pertama saya ingin katakan, kematangan seseorang itu terletak pada kefahaman mereka tetantang perintah dan larangan Allah SWT. Mungkin Nabila terlebih matang dalam memahami tuntutan Allah sehingga masih lagi gagal dalam menutup aurat kecuali dalam lakonan.

Malah, PU Syed menegaskan bahawa dia akan terus menentang perkara berkenaan kerana bimbang bakal menjadi punca kemaksiatan kepada Allah SWT. Bukan itu sahaja, dia turut menasihatkan pelakon itu supaya bermuhasabah diri.

Saya akan pertahankan daripada segala kemungkaran yang akan berlaku dalam Malaysia. Saya tidak mahu hal itu menjadi punca kemaksiatan kepada Allah. Andai Puan Nabila anggap tentangan saya ini sebagai tidak matang, mohon muhasabah diri Puan. Jangan meludah kelangit, takut terpercik pada muka sendiri.

‘Selagi saya bernafas selagi itu saya tidak duduk berdiam sahaja’

@pu_syed matangnya seseorang diukur bila patuh dan taat segala tegah dan larangan Allah!! selagi ambe bernafas..selagi itu ambe takkan duduk saja melihat kemungkaran berlaku..di depan mata . #adeambetakut ? original sound – PU Syed

Sumber : pu_syed



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles