29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Mangsa Amang Seksual Kenal Penceramah Bebas Dalam Program Motivasi


Gambar Sekadar Hiasan

Semalam kecoh di media sosial selepas media melaporkan seorang selebriti lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Kenal suspek melalui program motivasi

Gambar Sekadar Hiasan

Memetik laporan Harian Metro, mangsa gangguan amang seksual berkenalan dengan suspek ketika terbabit dalam program motivasi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, setakat ini, Polis Kontinjen Selangor menerima empat laporan iaitu dua di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, satu di IPD Shah Alam dan satu di IPD Kajang.

Menurutnya, kesemua laporan polis itu dibuat oleh empat individu berusia 17 hingga 18 tahun yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh seorang selebriti lelaki yang juga penceramah bebas.

Siasatan awal pihak polis mendapati, suspek berusia lingkungan 40-an berkenalan dengan mangsa dalam program motivasi yang diadakan di sekolah di sekitar negeri Selangor.

Hasil dari perkenalan itu, suspek didakwa bertindak melakukan jenayah amang seksual fizikal kepada semua mangsa.

Sampai Rabu direman

Gambar Sekadar Hiasan

Arjunaidi berkata, bertindak atas maklumat berikut, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor membuat tangkapan ke atas suspek, pada pukul 4 petang kelmarin (Khamis) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Kebenaran tahanan reman selama enam hari mulai semalam sehingga 14 September diperolehi dari Mahkamah Majistret Klang bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual TerhadapKanak-Kanak 2017.

Dalam pada itu, Arjunaidi menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana ia akan menjejaskan siasatan serta boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Sumber: Harian Metro



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles