29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Mas Idayu Kini Milik Muhamad Sufian Isa


Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, 50, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhamad Sufian Isa, 51, yang merupakan Penerbit Eksekutif TV3.

Artikel Berkaitan: Mas Idayu Kahwin 16 September, Terima Tajaan RM7 Juta

Sekali lafaz

Majlis akad nikah itu diadakan di Magica Event Hall, dengan sekali lafaz, pada pukul 10.40 pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah Imam dan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kg Baru, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.

Wang hantaran rahsia

Mas Idayu atau nama sebenar, Mas Idayu Mesnun menerima mas kahwin sebanyak RM1001. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan.

Selain itu, pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan dan dibalas dengan tujuh dulang.

Pada majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama.

Nilai keseluruhan majlis perkahwinan kedua-dua mempelai dianggarkan mencecah angka lebih RM7 juta daripada pelbagai pihak merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.

Terdahulu, Mas Idayu dan Muhammad Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 lalu dan baru menjalin hubungan serius pada tahun ini.

Sebelum ini, Mas Idayu sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor, pada Mei lalu.

Mas Idayu yang mesra dengan panggilan ‘mommy’ pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles