29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Maut Kemalangan, Polis Kesan Pemandu Kereta Langgar Lari Pegawai Imigresen


Foto: Utusan Malaysia

Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang bertugas di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang dilaporkan maut manakala rakan sekerjanya mengalami patah kaki kanan apabila dua motosikal berkuasa tinggi ditunggang mereka dirempuh sebuah kenderaan di Kilometer (KM) 83.4 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara semalam.

Pegawai Imigresen maut

Foto: Muhammad Nizam Samsudin (Berita Harian)

Memetik laporan Kosmo, insiden tersebut berpunca apabila sebuah kereta jenis Proton Wira 1.5GL (A) Aeroback dari arah sama didakwa merempuh motosikal ditunggang mangsa, Muhammad Nizam Samsudin (Timbalan Penolong Pengarah Imigresen) sehingga menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kecemasan.

Manakala, motosikal lain yang ditunggang rakan mangsa iaitu Zaili Nizam Muhammad (Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan) yang berada di belakang dipercayai tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal mangsa.

Mangsa yang berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya, 43 tahun patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Polis sedang kesan pemandu terlibat

Foto: Kosmo

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda iaitu Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, pemandu kereta jenis Proton Wira 1.5GL (A) Aeroback berwarna Perak dan nombor pendaftaran TAC 5688 itu dipercayai melarikan diri selepas insiden tersebut dan setakat ini, tiada sebarang laporan polis dibuat.

Kita sedang meneliti dan menyemak nombor pendaftaran kereta untuk mengetahui sama ada pemiliknya sendiri atau individu lain yang memandu semasa kejadian.

Tambahnya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Juzaili Ismail di talian 019-5586668 atau Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda di talian 04-4232222 bagi membantu siasatan.

Sumber: Kosmo, Astro Awani, Utusan Malaysia



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles