25.9 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

NGO Tak Setuju Cara Youtuber Temu Bual Puteri Balqis, Dakwa Ada Unsur Eksploitasi


Tindakan Youtuber menemu bual pelakon Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish mengenai dakwaan gangguan seksual yang dilakukan oleh ahli keluarga terdekat disifatkan sebagai suatu bentuk eksploitasi.

Artikel berkaitan : Individu Dipercayai Ayah Puteri Balqis Buat Laporan Polis? – ‘Masih Waras, Wallahi Tak Terniat Nak Buat’

Tidak mempunyai hak untuk siarkan

Menurut Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Datuk Dr Raj Karim, pihak yang menemu bual itu tidak mempunyai hak untuk menyiarkan pendedahkan berkenaan kerana tindakan yang dilakukan oleh bapa kandung pelakon berkenaan adalah satu jenayah.

Apa tujuan Youtuber itu? Dengan pendedahan melalui temu bual itu, kanak-kanak terbabit sudah dieksploitasi sebanyak dua kali iaitu oleh bapanya (jika benar dakwaan) dan pihak yang menemu bualnya.

Kita sendiri tidak tahu bagaimana Youtuber ini mendekati pelakon ini namun yang pasti tindakannya itu adalah tidak betul kerana ia disiarkan secara terbuka.

Dalam pada itu, Raj turut bimbang pendedahkan Puteri Balqis berkenaan bakal memberi kesan jangka panjang termasuk berasa malu serta kemurungan.

Perlu ikut garis panduan

Ujarnya lagi, mana-mana pihak yang terbabit dalam penyiaran kandungan tersebut perlu mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan bagi mengelakkan mereka mengeksploitasi demi mengejar tontonan yang tinggi.

Kita ada garis panduan jika ingin menemu bual kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual termasuk mendapat kebenaran dari ibu atau bapa mereka dan tidak boleh dilakukan di tempat awam.

Kalau di pihak kebajikan yang ingin menemu bual mangsa penderaan seksual perlu adanya kaunselor dan perlu peka terhadap gangguan emosi mangsa.

Bukan itu sahaja, Raj turut berpendapat bahawa pelakon berusia 15 tahun itu sepatutnya mendapatkan pertolongan daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sumber : Harian Metro



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles