29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

OctaFX Tersenarai Dalam Amaran Pengguna Kewangan, Netizen Serbu Instagram Fizo Omar – ‘Apa Cerita Pelaburan Tak Akan Senyap’


Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa broker antarabangsa, OctaFX termasuk dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA).

Dua duta OctaFX iaitu pelakon Fizo Omar dan Wak Doyok menjadi tumpuan warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Momen Najib Dipenjara Bukan Untuk Diraikan’ – Fizo Omar

Penuhi permintaan isteri

Terbaharu, Fizo diserang netizen di Instagram (IG) selepas BNM mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Fizo dilihat melakukan aktiviti sukan air bersama isteri tercinta, Fazeera Nazri di Johor Bharu, baru-baru ini.

Kata usahawan berumur 37 tahun itu, dia memenuhi permintaan isterinya ingin menaiki jet ski selepas selesai tempoh berpantang.

Duit OctaFX ke?

Bagaimanapun, rata-rata wargamaya tidak ‘peduli’ dengan foto yang dikongsikan pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar.

Sebaliknya, netizen mengambil kesempatan bertanyakan mengenai OctaFX.

Sebelum BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut memasukkan OctaFX dalam senarai Amaran Pelabur atas alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.

Untuk rekod, OctaFX adalah broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011.

Difahamkan, OctaFX dikawal selia dan memegang lesen di luar negara, bagaimanapun menyediakan sokongan deposit dan pengeluaran ke akaun bank di Malaysia.

Sumber: Harian Metro & Instagram @fizoomar





Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles