29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Pelajar Ikat, Pukul Guru Matematik Sebab Dapat Markah ‘Exam’ Rendah


Hanya kerana mendapat markah rendah dalam peperiksaan, seorang pelajar bertindak memukul serta mengikat guru matematik dan kerani sekolah pada sebatang pokok.

Ikat guru & kerani sekolah

Menerusi laporan NDTV, kejadian berkenaan berlaku pada Isnin lalu di sebuah Sekolah Kediaman Kerajaan di kawasan polis daerah Gopikandar. Seramai 11 daripada 32 pelajar di sekolah terbabit mendapat Gred ‘DD’ iaitu gagal dalam peperiksaan kelas-9 yang diumumkan oleh Majlis Akademik Jharkhand (JAC).

Menurut polis di Balai Polis Gopikandar, Nityanad Bhokta, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kes berkenaan kerana pengurusan sekolah tidak memberikan sebarang aduan bertulis.

Selepas pengesahan itu, saya meminta pihak berkuasa sekolah untuk memfailkan aduan tetapi mereka tidak mahu kerana risau ia akan menjejaskan masa depan pelajar itu.

200 pelajar terlibat

Dalam pada itu, Pegawai Pembangunan Gopikandar, Anant Jha memaklumkan bahawa dia sudah pergi ke sekolah terbabit bersama pihak polis untuk melakukan siasatan. Namun, apa yang mengejutkan adalah seramai 200 pelajar terlibat dalam kejadian berkenaan.

Guru matematik itu sebelum ini merupakan guru besar di sekolah berkenaan tapi dia disingkirkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Mungkin berkaitan dengan persaingan sesama guru. Untuk mengelak daripada tindakan undang-undang, kelas-9 dan kelas-10 telah digantung untuk dua hari dan dihantar pulang ke rumah masing-masing.

Difahamkan, pelajar terbabit mendakwa guru itu memberi markah yang rendah kepada mereka dalam peperiksaan praktikal sekali gus membuatkan mereka gagal.

Pihak pengurusan sekolah gagal menunjukkan markah peperiksaan amali serta tarikh markah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada pelajar terbabit gagal dalam kertas amali atau teori.

Sumber : NDTV



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles