29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Peserta Fit For Action ‘Kecut Perut’ Dengan Ellie Suriaty – ‘Dia Seorang Yang Detailed Oriented’


Fit For Action merupakan sebuah program pertandingan realiti dalam mencari pelakon versatil Malaysia melalui cabaran fizikal dan lakon-layar. Adakah para peserta sudah bersedia untuk menyahut cabaran yang diberikan?

Pada cabaran fizikal untuk minggu ketiga, 10 peserta iaitu Aidil, Amir, Danish, Kavita, Lenny, Lisa, Marc Syahmie, Muaz, Raden dan Zooey akan menempuhi 3 halangan iaitu Tyre Flip, Rope Climb dan juga Hands on Fire yang akan dinilai oleh juri, Nana Al-Haleq.

Artikel Berkaitan: Anak Masuk Program Realiti TV, Norman Hakim Bagi Pesanan – ‘Jangan Cepat Koyak, Kita Lelaki Kena Kuat’

Ramai cuak

Manakala, cabaran lakonan diteruskan lagi dengan tugasan bersama pengarah Ellie Suriaty. Tugasan bersama Ellie ini boleh dikatakan impian buat semua penggiat seni kerana beliau mempunyai aura tersendiri dalam menghasilkan karyanya dan juga seorang yang detail oriented.

Disebabkan itu, ramai yang kecut perut untuk bekerjasama dengan Ellie sebagai pengarah untuk genre seram selepas kerap meninggikan suara dalam mengarah apabila aksi yang dipamerkan oleh peserta tidak memuaskan hati.

Mampukah para peserta mencapai kepuasan dan kualiti lakonan seperti yang diinginkan oleh Ellie Suriaty?

Peserta alami kecederaan, apa jadi?

Keadaan menjadi semakin serius apabila berlaku kejadian yang tak diingini selepas salah seorang peserta mengalami kecederaan semasa penggambaran sedang dijalankan. Apakah yang bakal berlaku? Adakah penggambaran dapat diteruskan?

Nasib mereka akan ditentukan oleh juri tetap, Datuk Yusof Haslam dan juga juri jemputan, Farid Kamil. Siapakah yang akan berada di kedudukan terendah dan mungkinkah penyingkiran akan berlaku pada minggu ini? Sama-sama kita saksikan Fit For Action episod ketiga yang akan ditayangkan pada Ahad, pukul 10 malam di TV3 dan strim secara langsung secara HD di Tonton.

Dutch Lady sebagai penaja utama dan Centrum sebagai penaja bersama bagi Fit For Action. Program ini berjaya dihasilkan dengan kerjasama Motion Content Group. Jangan lupa untuk gunakan hashtag #FitForActionTV3 untuk meriahkan lagi perbualan di media sosial. Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3 layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles