29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Raja Charles III Amuk, Dakwat Pen Bocor Pada Upacara Tandatangan


Raja Charles Ke-3 naik angin gara-gara pen yang digunakan dalam satu upacara tandatangan di Utara Ireland, pada Selasa.

Ini bukan kali pertama Raja Charles menunjukkan reaksi berang yang jelas, sejak memegang takhta.

‘Saya benci perkara ini’

Foto: Reuters

Charles yang pada ketika itu sedang melawat Utara Ireland, sebahagian daripada lawatan ke negara-negara United Kingdom, mengetuai upacara berkabung mendiang Ratu Elizabeth Ke-2.

Sebelum tiba ke upacara menandatangani sebuah buku, Charles dilihat sedang beramah mesra dengan orang awam, selain memberi ucapan dan ikrar kepada jajahan tersebut.

Tidak lama kemudian, ketika sedang menandatangani buku lawatan di Istana Hillsborough berdekatan Belfast, Charles dilihat meluahkan rasa tidak puas hati selepas dakwat bocor dan terkena tangannya.

Oh Tuhan, saya benci perkara ini.

Saya tak boleh hadap perkara sebegini… setiap kali akan terjadi.

Pen tersebut kemudian diberikan kepada Permaisuri Camilla yang bersetuju dengan keadaan pen berkenaan yang menumpahkan ink, namun beliau kekal tenang, dan menurunkan tandatangan.

Sebelum ini, Charles juga pernah menunjukkan ciri-ciri mudah marahnya selepas sebuah pemegang pen menghalang pergerakan lengannya, dan dia dilihat memberi arahan dengan tegas agar objek tersebut dialihkan.

Sumber: Reuters



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles