25.9 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Restoran Teruk Dikecam Kenakan Caj RM32 Kalau Anak Bising, Menjerit


Baru-baru ini, sebuah bar tiram di Singapura berhampiran dengan Outram Road telah menjadi tumpuan kerana mengenakan surcaj sebanyak $10 (RM32) untuk kanak-kanak yang bising dan berkelakuan di luar kawalan.

Artikel Berkaitan: Keracunan Makanan Sampai Muntah Hitam, Riena Diana Serik Makan Oyster

Artikel Berkaitan: Isteri Mengandung Mengidam Nak Makan Tiram Tangkap Sendiri, Suami Gigih Menyelam Dalam Laut

Difahamkan restoran itu telah melaksanakan peraturan tersebut sejak sebulan lepas namun mereka masih belum mengenakan sebarang bayaran kepada pelanggan.

Tiada kerusi bayi

Perkara tersebut telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan pelanggan selepas satu tangkapan skrin mesej WhatsApp telah dihantar ke portal Mothership SG.

Dalam tangkapan skrin itu, restoran itu menjelaskan bahawa tiada kerusi bayi disediakan kerana mereka bukan restoran mesra kanak-kanak dan surcaj SG$10 (RM32.15) akan dikenakan untuk kanak-kanak yang mengganggu suasana restoran dengan ‘menjerit’ dan kelakuan ‘tidak terkawal’.

Restoran tersebut juga menyatakan bahawa mereka menerima aduan setiap minggu daripada pelanggan lain sebelum ini namun semakin berkurangan selepas peraturan itu dilaksanakan kerana kanak-kanak yang dibawa berkelakuan baik.

99% pelanggan kami sangat menghormati dasar baharu ini.

Restoran itu kemudiannya menekankan bahawa suasana menjamu selera yang selesa sentiasa menjadi keutamaan dan sentiasa mencari cara untuk meningkatkan mutu serta kualiti servis pelanggan mereka.

Sumber: CNA, Facebook



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles