25.9 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

‘Rupanya Ada Kisah Sedih’ – Baim Wong Jumpa Sendiri Murid Tular Kepala Penuh Kutu


Sebelum ini tular video di media sosial video seorang guru di Indonesia memotong dan menyikat rambut pelajarnya yang dipenuhi dengan kutu selepas mengadu gatal.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Kepala Pelajar Penuh Kutu, Guru Terpaksa Tolong Potong Rambut & Buang Kutu

Baim Wong jumpa sendiri di rumah

Disebabkan kejadian tersebut berlaku di Indonesia, pelakon sinetron terkenal itu yang kini juga bergelar YouTuber, Baim Wong bertindak mengunjungi rumah murid tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut kisah sebenar seperti yang ditularkan.

Difahamkan Baim telah mendapatkan keizinan dari tuan badan untuk mendapatkan identiti murid tersebut sekiranya malu untuk dirakam dan didedahkan kepada orang ramai secara terbuka.

Inilah dia orangnya yang ada dalam video itu. Sebelum tu dah tanya boleh atau tak untuk dirakam sebab risau kalau malu dengan insiden sebelum ni, Rupanya tak.

Ibu bekerja keras, sara keluarga

Ternyata murid dipenuhi kutu yang dikenali sebagai Tamara itu mempunyai sejarah kehidupan yang menyedihkan selepas difahamkan ibunya tidak mampu untuk menguruskan hal kebajikan dan kebersihan anaknya gara-gara sibuk bekerja untuk menampung keluarga.

Alhamdulilah saya dapat datang, dan boleh berkenalan terus dengan seorang wanita yang bekerja keras untuk memeberi nafkah untuk Tamara dan juga datuknya.”

Bukan itu saja, Baim juga sempat meluangkan masa bersama keluarga Tamara dengan membawa dirinya ke kedai dan turut berkongsi di Instagramnya tentang punca ibunya terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga. Difahamkan bapa kandung kanak-kanak itu telah meninggal dunia sewaktu Tamara masih dalam kandungan.

Sumber: baimwong, YouTube Baim Paula





Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles