29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Sakit Hati Jalin Hubungan Dengan Lelaki Lain, Lelaki Tetak Bekas Isteri Berkali-Kali Tepi Jalan


Seorang lelaki di Indonesia bertindak menetak muka seorang wanita yang dipercayai bekas isterinya berkali-kali sehingga mangsa mengalami cedera parah.

Cemburu bekas isteri ada lelaki lain

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Kabar Negri di Instagram, memaparkan seorang lelaki dilihat berulang kali menetak seorang wanita dengan menggunakan senjata tajam. Kejadian berkenaan berlaku di Desa Dagang Kerawan, Wilayah Sumatera Utara, Indonesia. Suspek yang dikenali sebagai Sumarto telah menyerang mangsa, Dewi Dahliana ketika hendak pulang selepas selesai membeli barang.

Penduduk di kawasan berkenaan turut mendengar jeritan ketika mangsa diserang namun ketika cuba untuk menghampiri pelaku terbabit, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri ke tengah sawah.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Pesuruhjaya Polis Deli Serdang Kompol, I Kadek Heri Cahyadi, punca lelaki berkenaan melakukan sedemikian kerana bekas isterinya dikatakan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Sebelum berpisah mangsa menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Disebabkan itu suspek sakit hati dan rasa cemburu.

Suspek positif dadah jenis shabu-shabu. Ini disahkan oleh keputusan ujian air kencing.

Video penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kabar Negri (@kabarnegri)

Sumber : Suara.com, kabarnegri





Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles