29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Sampai Viral Video TikTok #IniStyleKita Ni, Sebab ‘Relate’ Sangat Dengan Orang Malaysia!


“Video TikTok ni macam ada kaitan dengan orang kita kan?”

Secara tak sedar, kita dah pun tiba di akhir bulan Ogos. Nak tanya korang soalan cepumas la. Apa yang istimewanya pada bulan ni guys? Aik, korang kan orang Malaysia. Mesti boleh jawab punya. Sambutan bulan kemerdekaan la!

Lebih-lebih lagi, demam TikTok kan semakin hangat di Malaysia sekarang. Kami yakin sempena bulan Merdeka, ramai akan buat content di TikTok untuk tunjukkan semangat jadi anak Malaysia tu.

Dengar cerita, baru-baru ni TikTok keluarkan video #IniStyleKita yang relate betul dengan orang Malaysia. Siap ada cameo!

Kita ada cameo paling legend di Malaysia, Datuk Lee Chong Wei!

Surprise! Tak sangka Datuk Lee Chong Wei jadi cameo dalam video TikTok #IniStyleKita. Siapa je yang tak kenal dengan legenda badminton Malaysia ni.

Dah banyak kali Datuk Lee Chong Wei harumkan nama negara dan buat kita bangga jadi rakyat Malaysia. Cara dia smash tu, memang #IniStyleKita la. Padu beb.

Mamak boleh sebut semua menu special, macam-macam ada!

Kalau ada kedai mamak, kat situ la ramai orang. Kadang-kadang bukan nak makan sangat pun. Cukup dengan secawan teh tarik. Paling best, korang nak lepak lama mana pun boleh. Tak ada masalah la.

Mamak ni ada satu kepakaran, boleh sebut menu dengan laju. Tengok @mistashaque buat rap. Liriknya dari awal sampai habis dia buat sendiri tau. Berbakat betul dia ni. Memang kena sangat dengan #IniStyleKita pasal mamak!

Guna power of the hand, kereta mesti berhenti punya

Nak lintas jalan, tinggal naikkan tangan, kereta semua mesti berhenti. Ini la power of the hand oleh orang kita yang boleh relate dengan #IniStyleKita. Demi keselamatan, jangan lupa pastikan tengok kiri dan kanan dulu sebelum melintas tau.

Wah, ada kereta Proton Saga la dalam video ni! Rindunya. Orang lama mesti ada lagi yang pakai kereta ni sampai sekarang. Ini la kereta pertama yang dikeluarkan oleh Malaysia!

Musang King? Udang Merah? Durian memang favourite orang kita

Makan durian kena dengan #IniStyleKita. Kita bertuah duduk di Malaysia sebab tanahnya sesuai dengan tanaman pokok durian. Durian ni ada banyak jenis seperti Musang King, Udang Merah, D24, Black Thorn dan lain-lain.  Nikmat tak terkata!

Lepas tengok @adamizzy buat rap pasal durian dalam video ni, jadi craving la pulak. Haa.. Liriknya pun dia buat sendiri tau. Kreatif sungguh. Nak pergi cari durian sekarang jugak la!

Cakap on the way, tapi masih kat rumah lagi

Aku on the way ni, kejap lagi sampai.

Bukan #IniStyleKita la kalau tak pernah guna ayat on the way ni sekali seumur hidup. Boleh dikatakan semua orang Malaysia gunakannya. Trend orang kita, cakap je on the way, tapi masih lagi relaks kat rumah. Nasib baik member jenis sporting!

Tak sabar nak tengok video penuh ke tu? Haa.. Meh tengok video TikTok #IniStyleKita yang kami selitkan kat bawah ni. Boleh relate dengan orang Malaysia. Serius terasa!

Perasan tak? Selain ada @mistashaque yang buat rap pasal mamak, @adamizzy yang rap pasal durian, ada jugak influencer dan artis terkenal yang lain dalam video TikTok #IniStyleKita.

Contohnya dalam video ni ada Sofyank, seorang influencer yang mahir dalam mencipta video menarik. Videonya pernah viral di media sosial sampaikan dapat perhatian daripada artis luar negara seperti Ryan Reynolds!

Korang pernah nampak seorang amoi cantik yang menari di depan Dataran Merdeka dengan memakai baju kebaya? Tak lain dan tak bukan, dia la Gigi Cheoh. Aksinya sampai dirakam menerusi siaran berita utama TV3.

Ada Oppa dalam video? Eh, dia bukan orang Korea! Ini la Isaac Voo, anak muda Malaysia pertama yang menjadi bintang K-pop. Sekarang dia dah menjadi ahli kumpulan K-pop terkenal, IN2IT. Orang Sabah bah!

Video TikTok #IniStyleKita dah tunjukkan Malaysia ni mempunyai pelbagai kaum, banyak makanan sedap, lokasi pelancongan menarik, muzik yang unik. Bahkan negara kita memiliki ramai bintang berbakat. Itu la yang buatkan kita bangga menjadi anak Malaysia.

Lebih-lebih lagi, bulan ni ada cabaran #IniStyleKita semangat anak Malaysia kat TikTok sekarang!

Sebenarnya korang boleh tengok banyak lagi video TikTok dan lihat betapa ramai orang kita tunjukkan semangat menjadi rakyat Malaysia. Klik SINI je guys.



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles