29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

‘Saya Paling Gembira Apabila Model Dapat Menggunakan Duit Yang Dituntut’ – Alicia Amin


Sebelum ini, pelakon dan peragawati Alicia Amin tampil sendirian membawa sepanduk demi menuntut bayaran tertangguh yang melibatkan rakan dunia peragaan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022.

Artikel Berkaitan: ‘Semua Model Tahun Ini Perlu Dibayar Dalam Tempoh Sehari’ – Alicia Amin Protes Di KLFW2022

Terima bayaran penuh

Ketika ditemui OhBulan!, Alicia menarik nafas lega apabila usahanya membantu rakan seperjuangan mendapatkan bayaran akhirnya membuahkan hasil.

Kata aktres berumur 27 tahun ini, seramai lapan individu memaklumkan mereka sudah menerima bayaran penuh.

Saya rasa lega apabila perjuangan kecil terhadap model-model dalam industri fesyen akhirnya membuahkan hasil.

Lapan individu yang datang bertemu saya sebelum ini memberitahu mereka sudah menerima bayaran penuh wang hasil titik peluh kerja mereka sebelum ini.

Walaupun ada syarikat guaman yang menawarkan kepada saya untuk membawa isu ini di mahkamah, tetapi saya tolak dahulu kerana sudah berbincang secara baik dengan penganjur.

Alicia berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Rasuk di GSC Tropicana Mall, Petaling Jaya, Selangor, pada Selasa.

Selain Alicia, filem Rasuk turut dibintangi oleh Alif Satar, Ikmal Amry, Elisya Sandha, Taufiq Hanafi, Atiq Azman, Ayie Floor88, Abbas Mahmood dan ramai lagi.

Filem terbitan Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Sixfun Media itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 September ini.

Dihujani ucapan terima kasih

Biarpun perjuangan selesai, pemilik nama lengkap Raja Alicia Raja Amin akui berasa serba salah dengan pihak penganjur kerana pernah bekerja sekali.

Namun, dia gembira apabila dapat mengukir senyuman di wajah model yang menjadi mangsa sekaligus menyelesaikan masalah yang tertangguh.

Walaupun saya rasa serba salah kerana pernah bekerja dengan penganjur itu, tapi saya pernah ajak mereka berbincang sebelum ini, namun tiada tindakan dibuat. Disebabkan itu, saya nekad membuat protes pada acara tersebut.

Ketika saya terbabit dalam KLFW 2022, ramai model datang berjumpa dan berterima kasih kerana mereka sudah menerima bayaran pada penganjuran tahun ini.

Saya paling gembira apabila ada model dapat menggunakan duit yang dituntut dan ditunggu-tunggu selama ini untuk urusan perkahwinan mereka.

Dalam pada itu, pelakon drama Kuasa turut menyatakan dia tidak terasa hati apabila model lain enggan bersama-sama melakukan ‘mogok’ pada hari kejadian.

Sumber: Instagram @hangriii





Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles