29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Seronok Karaoke, Mak Ayah Tak Sedar Anak 3 Tahun Jatuh Dari Tingkat 3 Hotel


Foto: JPNN

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tiga di Hotel Grand Central, Riau di Indonesia.

Maut terjatuh dari tingkat 3 hotel

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Liputan, ketika kejadian, mangsa berada bersendirian di dalam bilik hotel berkenaan sementara ibu, Okta Reviani Heni berusia 23 tahun dan bapanya, Muhammad Rizky Ravaneli, 22, sedang asyik berkaraoke di tingkat bawah. Menurut Ketua Polis Bukitraya iaitu Syafnil, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap bilik pada awal pagi.

Menurut sumber, insiden itu disedari selepas salah seorang pekerja hotel terdengar seperti bunyi benda jatuh dari laluan masuk hotel. Namun alangkah terkejutnya apabila melihat seorang budak telah terbaring di lantai dengan keadaan berlumuran darah. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia. Sementara seorang petugas telah pergi ke bilik hotel tersebut untuk melakukan pemeriksaan dan apabila pintu bilik diketuk, tiada sebarang respon yang diterima.

Oleh kerana pintu tidak boleh dibuka, petugas hotel membukanya menggunakan kunci master. Apabila pintu terbuka, mereka melihat keadaan bilik kosong dan tingkap terbuka.

Tidak lama selepas itu, ibu bapa mangsa tiba di bilik berkenaan untuk mencari anaknya. Ketika disoal siasat, pasangan ini mengaku telah pergi ke pusat karaoke yang disediakan di tingkat bawah hotel dan meninggalkan anaknya yang sedang tidur bersendirian di bilik tanpa mengunci tingkap. Difahamkan, pasangan ini meminta agar pihak polis tidak melakukan bedah siasat ke atas mangsa.

Sumber: Liputan



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles