29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

Shahir Sah Bergelar Suami, Serah Hantaran Berjumlah RM20k


Penyanyi, Shahir Zawawi sah bergelar suami kepada pasangannya, Jaskin Jaludin, sebentar tadi. Tahniah!

Sekali lafaz sahaja

Majlis akad nikah Shahir dengan Jaskin telah berlangsung di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Center. Dengan sekali lafaz, juara Akademi Fantasia musim ke-8 itu akhirnya menamatkan zaman bujangnya. Shahir telah menyerahkan hantaran berjumlah RM20,000, manakala mas kahwin sebanyak RM300. Majlis yang berlangsung itu turut dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak serta sahabat handai.

Menurut Shahir, dia syukur majlis yang dirancang telah berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, syukur segalanya sudah berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit. Sebelum bernikah memang ada rasa gementar, tetapi selepas semuanya selesai saya kini berasa lega. Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Menurut laporan Harian Metro, majlis itu turut disaksikan jurunikah, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai dan bapa Shahir, Zawawi Abdullah dan dua anggota keluarga. Pihak keluarga pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran, manakala pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang. Terdahulu, Shahir mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman keluarga Jaskin di Tawau, Sabah.

Sumber: Harian Metro



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles