29.5 C
Jakarta
Tuesday, September 27, 2022

[VIDEO] Wanita Lepasan Sekolah Menengah Bangga Jadi Isteri Abang Polis – ‘Cinta Tak Mengenal Darjat’


Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang wanita yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia meluahkan rasa bangga kerana berjodoh dengan anggota polis meskipun dirinya hanya berkelulusan sekolah menengah sahaja.

Syukur berjodoh dengan anggota polis

Menerusi laporan Wollipop, wanita yang dikenali dengan nama Siege Trian Elisabeth atau Ege itu memuat naik satu video memaparkan dirinya memakai seragam Bhayangkari berwarna merah jambu. Untuk pengetahuan semua, Bhayangkari merupakan satu organisasi terhormat yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1949 khas buat isteri-isteri polis Indonesia. Dalam video tersebut juga kelihatan, Ege berkongsi mengenai kehidupannya sebagai seorang isteri anggota polis Republik Indonesia.

Meskipun diri ini hanya lepasan sekolah menengah, syukur kerana suami masih memilih saya untuk menjadi isteri. Jangan rasa diri tidak berharga walau kita hanya lepasan sekolah menengah kerana cinta itu tidak mengenal darjat.

Difahamkan, Ege dan suaminya telah berkenalan sejak Julai 2021. Pada Januari 2022, mereka memutuskan untuk bertunang dan seterusnya melangsungkan pernikahan pada bulan Mei lalu.

Dalam pada itu, Ege meluahkan rasa syukur kerana suami tercinta sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepadanya meskipun tidak memiliki tahap pendidikan yang tinggi. Tambah Ege lagi, tujuannya memuat naik video berkenaan supaya para wanita di luar sana yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran agar tidak hilang keyakinan diri terutama dalam soal jodoh. Hal ini kerana, cinta sejati tidak dinilai berdasarkan status ataupun pekerjaan seseorang.

Video

Sumber: Wollipop, TikTok



Source link

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,505FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles